Wednesday 30 November 2011

Statistic Day 2011

Seperti yang anda semua sudah sedia maklum, pada 3 Disember ini akan diadakan Statistic day. Program ini akan berlangsung di Sek. Keb. Padang Garong (1). Alhamdulillah, program ini nampaknya mendapat sambutan yang baik dari para ahli kelab COMOBISTA apabila lebih daripada 70% mendaftarkan diri untuk menyertai program ini. Alhamdulillah...

Saya berharap para peserta berasa teruja untuk menghadiri program ini kerana pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan juga pada masa yang sama berinformasi telah disusun oleh pihak exco khas untuk para peserta. Aturcara Statistic Day 2011 adalah seperti berikut:
  • 8.00pg - Pendaftaran
  • 8.30pg- Ceramah Hala Tuju Kerjaya
  • 10.30pg- Minum Pagi (Bihun Goreng)
  • 11.00pg- Ice-Breaking & LDK
  • 1.00ptg- Makan Tengah hari (Nasi Campur)/Zuhur/Rehat
  • 2.30ptg- X-plore Race
  • 4.30ptg- Majlis penutupan dan penyampaian hadiah
  • 5.30ptg- Jamuan petang (Nasi Goreng Cina) & bersurai 
Diminta para peserta membawa kelangkapan untuk menunaikan solat.
Untuk mengetahui anda di dalam group mana untuk X-plore race, sila klik link ini: UPLOAD.docx 
Pelbagai hadiah menrik disediakan dan setiap group akan menrima hadiah :)

Ini adalah peta lokasi di mana program ini akan dijalankan:
Untuk download peta, sila klik sini :)

Bagi pejalan kaki seperti saya dan saya pasti, kebanyakkan ahli COMOBISTA, laluan paling singkat adalah dengan mengikut garisan oren seperti di dalam peta. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, perjalanan berjalan kaki dari Wisma KUB ke SK Padang Garong (1) hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Jadi marilah kita bersama-sama berjalan menghirup udara segar di pagi hari Sabtu ini ya :)
Bagi mereka yang menaiki kenderaan sendiri pula, laluan paling singkat dari UiTM ke lokasi program adalah mengikuti garisan berwarna hijau seperti di dalam peta.

Sebenarnya bukanlah niat kami untuk menyusahkan, menyukarkan ataupun mendera para ahli sekalian dengan tidak menyediakan kenderaan ke lokasi, malahan kami telah melakukan pelbagai usaha untuk cuba mendapatkan kenderaan tersebut, tapi apakan daya, saya hanya insan kamil yang hanya mampu merancang, Hanya Allah sahaja yang mampu menentukan.
"Sewaktu berurusan dengan pihak pentadbiran untuk mendapatkan kenderaan bagi peserta, walaupun saya memohon agak awal, namun sudah diberitahu bahawa bus UiTM sudah habis ditempah, namun bus luar akan cuba dicari. Walaubagaimanapun, kemudiannya, saya di maklumkan bahawa peruntukan kewangan UiTM untuk sesi ini sudah habis, maka sekaligus permohonan saya terpaksa ditolak untuk memberi laluan kepada permohonan dengan destinasi yang lebih jauh memandangkan lokasi program Statistic Day masih di kira dekat.Sebarang permasalahan yang timbul akibat kekhilafan saya dan rakan-rakan exco yang lain adalah amat dikesali dan ribuan maaf di pohon."
                                           ~Pengarah projek Statistic Day 2011

Semoga program ini berjalan dengan lancar dan para ahli dapat merapatkan silaturrahim antara satu sama lain, Insya-Allah. Saya juaga berharap para peserta akan terus memberikan sokongan dan sama-sama menjayakan program Statistic Day ini dan seterusnya semua program yang dianjurkan oleh pihak COMOBISTA.

Sekian, sesungguhnya yang buruk itu dari saya, dan yang baik itu dari Allah S.W.T


2 comments:

  1. selamat berfamily day buat semua warga comobista....


    Hidup Comobista...!!!

    ReplyDelete